Baja Tonmai
Baja ini adalah dalam bentuk serbuk di mana nilai PH antara 8.5 dan 9.5. Baja ini mengandungi nilai ph yang tinggi bagi mengatasi masalah tanah masam. Ianya kaya dengan zat makanan asas seperti nitrogen, fosforus, potassium dan magnesium.

Baja Tonmai telah diuji dan didapati bebas dari bahan kimia beracun. Antara kelebihan baja ini adalah ianya membantu merawat dan membaik pulih struktur tanah, menyokong pelbagai unsur nutrisi sebelum dilarutkan oleh air ke dalam tanah, mempertingkatkan kecekapan sistem kerja dalaman tumbuhan, sistem kerja akar, pengangkutan makanan, fotosintesis dan pelbagai proses kimia tumbuhan dan membantu pertumbuhan akar, dahan, daun, pembungaan dan pembuahan.

Ianya turut membantu meningkatkan kecekapan sistem dalaman tumbuhan, sistem kerja akar, pengeluaran makanan, proses fotosintesis dan pelbagai proses kimia tumbuhan, membantu pengedaran dan pertumbuhan akar, cabang daun dan buah tumbuhan. Selain itu Baja Tonmai membantu memendekkan tempoh penuaian sesuatu tanaman seperti membolehkan tanaman dituai dalam tempoh yang lebih singkat daripada biasa. Jika Baja Ton Mai digunakan selalu, jumlah cacing dan serangga perosak dapat di kurangkan dalam jumlah yang agak besar.



Baja Taa Vee Kun
Baja Taa Vee Kun 1/ Ganda Padi lebih praktikal digunakan bagi tanaman padi di mana benih hanya perlu direndam selama 8-10 jam sahaja. Ianya menjimatkan masa sejat antara 12-16 jam sahaja. Selain itu benih boleh ditabur terus ke dalam air (4-6 inci). Percambahan benih dan pertumbuhan sel juga belaku dalam kadar yang cepat. Taa Vee Kun 1/Ganda Padi dapat memberi kesan menebal, melebar, memanjang dan menegakkan daun pengasuh.

Ianya juga dapat mengeraskan batang padi dan menambah ketahanan padi dari seranganpenyakit dan serangga. Ianya dapat meransang sistem pokok padi untuk menyerap makanan dari sistem akar dengan lebih giat dan membantu membesarkan rangkai, dan menjadikan biji padi padat dan berat.



Taa Vee Kun Plus/Ganda Plus
Taa Vee Kun Plus/Ganda Plus membantu merangsang tanaman untuk membina tenaga dan gula dengan cepat, mempercepatkan pertumbuhan dan pemanjangan sel, merangsang pengeluaran bunga dan buah serta biji, membantu meningkatkan kualiti buah, membesar dan memperbanyakan buah.

Selain itu, baja Taa Vee Kun Plus/Ganda Plus merangsang membina akar baru dan menggerakkan sistem PENGEPAMAN akar untuk mendapat bahan makanan lengkap, membantu PENYEBARATAAN bahan nutrisi ke seluruh sistem pokok, mewujudkan kekuatan ketahanan diri pada tanaman dari serangan penyakit, cuaca panas atau kering dan banjir, membantu pokok selepas dituai dan mengatasi masalah pokok tidak sihat.



Taa Vee Kun Super/Ganda Super
Sesuai untuk pokok-pokok tumbuhan seperti durian, rambutan, mata kucing, manggis, laici, mempelam, nangka, lada hitam dan tanaman lading. Ianya khusus untuk mengeluarkan bunga dan pucuk serta menjdikan buah serta lebih kuat serta tahan serangan penyakit. Ianya juga dapat mengelakkan benih dan bunga terlerai.

Taa Vee Kun Super/Ganda Super dapat membantu sel dalam tumbuhan untuk mengeluarkan pucuk, akar & tunas dengan lebih cepat. Kualiti buah yang dihasilkan juga lebih baik di mana buah lebih manis, lebih cepat berbuah, dapat menambah saiz dan warna pada bunga dan kulit buah yang mana menjadikannya lebih segar & asli. Hasil yang dipetik juga lebih tahan lama dan tahan busuk.


Ganda Super Gold
Sesuai digunakan untuk tanaman padi dan merangsang pengisian yang sempurna pada usia padi
selepas 60 hari. Ianya juga membantu menambah ketahanan padi dari serangan penyakit dan serangga.

Sumber : HRSL Plantation Sdn Bhd

0 comments